Kolej Komuniti Tawau Sabah ialah Kolej Komuniti yang pertama ditubuhkan di Sabah dan ia merupakan salah sebuah daripada 10 buah Kolej Komuniti perintis Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditubuhkan pada 16 Mei 2001. Bermula 2004 Kolej Komuniti Tawau telah diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Lokasi Kolej Komuniti Tawau terletak di Batu 4 Jalan Apas, Perdana Square Commercial Center dalam kawasan Parlimen P 190 Seri Tanjung. Jarak Kolej ini dari pusat bandar ialah 7 KM dan 30 KM dari Lapangan Terbang Tawau.Bermula dengan sepuluh (10) buah kolej komuniti perintis pada sesi Jun 2001, bilangan kolej komuniti kini meningkat kepada Tiga Puluh Enam (36) buah. Kolej komuniti menyediakan kursus-kursus di peringkat sijil untuk lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) SPM(V) sebelum ke pasaran tenaga kerja atau sebelum melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Kolej komuniti juga menyediakan khidmat latihan serta kemahiran kepada masyarakat setempat.
MATLAMAT
Menyediakan peluang kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosio ekonomi melalui program pendidikan sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah.
OBJEKTIF
Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi ditubuhkan untuk melahirkan lulusan yang mempunyai kemahiran praktik, pengetahuan akademik serta kemahiran generik dalam pelbagai bidang di peringkat sijil dan diploma sebelum memasuki alam pekerjaan atau sebagai asas kepada peningkatan pendidkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Di samping itu juga, Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi juga menyediakan pendidikan dan latihan seumur hidup kepada masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan.
Kursus Sepenuh Masa
Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
Sijil Teknologi Elektrik
Sijil Automotif
Kursus Pendek
Mengikut silibus yang disediakan oleh Unit Kursus Pendek
SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN SOKONGAN (COMPUTER SYSTEM &
SUPPORT)
Kursus ini menekankan kepada kemahiran asas dalam bidang sistem komputer, rangkaian serta perisian sistem pengoperasian di samping kemahiran asas untuk membuat pemasangan dan rangkaian masa kini seterusnya memahami konsep-konsep pembangunan internet. Modul yang di tawarkan meliputi asas elektronik alatan pengukuran asas, sistem komputer, penyenggaraan peralatan komputer (bekalan kuasa, i/o, ingatan dan sebagainya) penyenggaraan peripheral (printer, modem, dsb) dan penyenggaraan rangkaian.
SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (ELECTRICAL TECHNOLOGY)
Kursus ini meliputi pengetahuan teori dan amali dalam bidang-bidang teknologi elektrik, elektronik, kawalan dan komputer yang merangkumi modul amalan keselamatan, asas elektrik dan elektronik, pemasangan domestik dan industri, pemasang motor progammable logic controller (plc), kawalan motor penyenggaraan peralatan dan mesin elektrik switchboard dan switchgear, aplikasi komputer dan perisian komputer dan AUTOCAD
SIJIL AUTOMOTIF
Kursus ini merangkumi bidang-bidang teknologi terkini yang melibatkan peralatan menguji/mendiagnosis. Aspek penggunaan komputer dalam bidang automotif juga di beri penekanan. Kursus ini meliputi pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan penyenggaraan dan penjagaan kenderaan, merombak rawat enjin, komunikasi grafik dan cad, sistem elektrik kenderaan, kerja kimpalan, dan pembaikan kenderaan, pengurusan pusat servis, peralatan elektrik dan elektronik automotif serta pelbagai sistem dalam kenderaan.
for more information:
http://www.kktaw.edu.my/web/news.php